Friday, May 22, 2009

Luarbiasa! Petition Kembalikan Keindahan....

(in Bahasa)

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT penguasa alam.

Kemudian, alhamdulillah berkali lagi.

Setakat 4 hari petition diwar-warkan, sekitar 200 Alumni ESQ Malaysia telah sama-sama menukilkan rayuan dalam bentuk tandatangan elektronik, yang bisa menjadi 'hadiah' suara hati murni Alumni buat meringankan rasa berat Pak Ary yang harus merubah modul (lihat posting saya sebelum ini).



Kesan dari petition (atau petisyen atau rayuan) Kelab Satria tersebut, Rabu tertera sebuah email dalam Alumni_ESQ165 yahoogroup daripada ESQ LC Malaysia iaitu Pn Marhainy Yusof, bahawa pihak LC bersetuju mengembalikan semula Demi Matahari, iaitu 1 dari 18 perubahan yang dibuat secara mendadak mulai KL32.

Reply saya kepada LC adalah , ".... berharap pihak ESQLC harus teruskan usaha supaya selain DemiMatahari, modul2 lain yang dikeluarkan dikembalikan dengan perubahan MINIMA sebagaimana petisyen K-Satria 165. Jika pihak ESQLC berniat mengadakan perbincagan dengan Alumni, eloklah segerakan dan tentukan tarikh."

Dan pagi ini, saya menerima SMS rasmi daripada 62002:

Asw Dijemput Alumni ke Penerangan ESQLC M'sia berkaitan perubahan2 di TRAINING ESQ, pd 23Mei 10pagi @ Milan Room, MATRADE. Kehadiran anda sgt dihargai. Tks.

We are on the same side. Kita semua berkongsi satu visi (shared vision), iaitu "Golden Malaysia" dan "Golden World" - ketamadunan dunia emas menerusi 165.

2 comments:

SAMANTHA MASTURA said...

Saya Mastura S Ayed Tawau, bersetuju sahaja sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak ESQ Malaysia, kerana impact yang masih terkesan di sanubari semua yang telah menjadi Alumni, dan terus-terang walaupun saya tidak begitu kukuh dari segi istiqamah, tetapi sedikit sebanyak saya tetap dengan 165. Amin..

roslirimix said...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,
ASSALAMUALAIKUM,
PAGI!!!!!
Alhamdullilah dan syukur pada Allah pada jam 0642 pm En Hussin ATS menelefon saya daripada Bumi Mekah kerana teringatkan saya. Ya Allah....subhanAllah. Beliau mengatakan traning ESQ banyak membantu beliau dan isteri.
Yang paling manis sekali, Tawaf,saie dan Lontar Jamrah sebenar mengingatkan beliau semasa simulasi Total Action dalam training. Go 3x Fight 3x Win 3x
memang BETUL pada pandangan beliau. Itulah Yell yang selalu berkumandang di Dewan training.(Beliau adalah Lecturer di UITM S/A.) Akhir kata dari saya, K-satria165 perlu diteruskan untuk mengadakan semula semua modul asal training ESQ terutamanya replika Kaabah yang membuat ramai alumni segera nak ke sana termasuklah saya dan isteri.Insyaalah

Rosile
K-satria 165

Post a Comment

Do practice responsibility when commenting. Thank you.