Saturday, May 23, 2009

Ringkasan Penerangan ESQ-LC 23-05-09

Salam 165 :)

Yesterday 23rd May 2009, the ESQ Leadership Centre team and trainer - En Razib, Puan Huda, Pn Marhaini and Pak Aminul gathered to brief alumni regarding the recent changes made to the ESQ 165 training module in Malaysia.

For those who were not able to be present, we summarized below the key points made by ESQ LC team, for the benefit of all. This posting is meant totally to relay the information mainly elaborated by Pak Aminul.

>>LC mahu alumni memahami bahawa mereka sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan yang terkini adalah lebih kepada "penyesuaian", bukan semata-mata "reacting to" komen di blog-blog. Sebarang penambahbaikan atau penyesuaian ini tetap tidak akan merubah "165" walaupun pendekatan atau approach akan menjadi sedikit berbeza::

  • Perkataan "God Spot" hanyalah terminologi. Ia mungkin akan diubah kepada "conscience" agar sesuai dengan context modul.
  • Penjelasan Asmaul Husna berkaitan sifat yang hanya milik Allah, seperti Al Mutakabbir. Trainer akan pastikan peserta benar-benar memahami aspek ini.
  • Sharing Mic seperti biasa - jika ada peserta yang tidak selesa, maka tidak perlu menerima mic tersebut.
  • Lagu March ESQ - terdapat persepsi terhadap lirik lagu tersebut sedangkan niat dan erti asal dari penulis adalah begini, lebih kurang,
    -- "banyak yang telah ku cari, tiada satu memberi, ku dapat kini yg pasti, ESQ pengingat diri" --> merujuk kepada selama ini kita mencari harta, gelaran, pangkat, dan sebagainya untuk memberi kita kebahagiaan, tetapi itu semua tidak kekal. Yang PASTI hanyalah Allah swt yang dapat memberi kita kebahagiaan hakiki. ESQ juga bukanlah yg pasti atau kekal, tetapi sekadar untuk mengingkatkan kita pada Dia yang Satu.
    -- tidak sesekali lirik ini cuba menidakkan sebarang program/training lain, seolah-olah hanya training ESQ sahaja yang benar.
    -- LC akan meneliti semua lirik ini sebelum meneruskannya di dalam training.
  • Video alam ghaib - sememangnya tiada siapa yg tahu sebenarnya bagaimana alam ghaib itu. Tetapi apa yg ditunjuk adalah sekadar gambaran agar peserta dapat lebih menghayati apa yang disampaikan.
  • Simulasi Total Action dihentikan bukan kerana mengikut komen individi tertentu, tetapi kerana kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan statement agar simulasi ini tidak lagi dijalankan di mana-mana di dunia. Cuma statement ini belum sampai kepada semua. Namun yg penting bagi LC dan trainer, penghayatan di sebalik simulasi tersebut.
  • Lagu Demi Matahari - tidak dihentikan tetapi di "hold" untuk diteliti adab menyanyikan lagu nasyid yang liriknya menggunakan ayat Al Quran. Namun LC telah meluluskan agar lagu ini diteruskan semula di dalam training ESQ. On this note, LC perlu "hold" sebarang aspek dari modul training sehingga yakin ianya tidak salah.
  • Semua hadis akan dinyatakan perawinya dengan lebih jelas agar tidak lagi meragukan mana-mana pihak
  • Trainer akan cuba menjaga dengan lebih baik waktu solat ketika training, kerana sekarang ini kadang-kadang break atau habis agak lewat dari waktu solat ketika itu
  • Senaman yg dimuatkan di dalam training bertujuan sebagai "energizer", namun diingatkan agar adab turut dijaga, kerana berlaku di training yang lepas, peserta yang dipanggil memimpin senaman melakukan gerakan yang mungkin kurang sopan atau "over" pada pendapat peserta lain. Trainer akan cuba mengawal keadaan ini dimasa hadapan.

Setelah penerangan tersebut, terdapat beberapa komen dan juga usul yang disampaikan oleh alumni yang hadir, antaranya:

  • Surah AsSyams yang menjadi reference utama- mungkin elok jika ada slot memberi tafsir surah ini dengan lebih mendalam agar peserta memahami makna sebenar sebelum bersama-sama menyanyikan lagi ini, agar penghayatan lebih mantap, bukan sekadar berseronok dengan lagunya
  • Perkataan "god spot" adalah terminologi saintifik yang sepatutnya tidak menjadi isu
  • ESQ adalah satu-satunya HR training yang menggunakan konsep "taubat" - paling efektif untuk memberi kesedaran yang lama. Tidak seperti training lain kita menulis visi misi diri tetapi tidak benar-benar memberi makna mendalam, maka tidak dilaksanakan setelah training selesai. Konsep ini adalah teras utama, maka pastikan tidak diubah.
  • Dicadangkan trainer menekankan pentingnya setelah kita sama-sama sedar dan memahami 165 melalui ESQ training, peserta perlu lebih banyak menuntut ilmu terutamanya ilmu agama, kerana ESQ adalah HR training, bukan ceramah agama. Ini adalah untuk memastikan alumni tidak menganggap cukuplah ESQ untuk mengamalkan 165 di dalam kehidupan harian.
  • Beberapa aspek training seperti Demi Matahari dilihat sebagai NADI kepada keunikan training ESQ, maka perlu dikekalkan.
  • Mungkin elok ditubuhkan satu platform - majalah contohnya - seperti Harvard journals - di mana para alumni dapat mencurahkan dan berkongsi ilmu dan kepakaran mereka berkaitan 165.
  • ESQ adalah satu training yang world-class - maka para trainer perlu "leave up" to that expectations by ensuring the modules are intact.

These are the key points discussed. Towards the end, En Razib reminded all that this meeting was called also as a mean to manage "perceptions" with regards to the training and to the efforts being done to help the training, such as the Petition165, etc. LC believes that all the comments and efforts are being done wholeheartedly - IKHLAS - to ensure ESQ continues to grow so that 165 can continue to be spread to the world. Pak Aminul reminded all that what we are going through now, is only a small step to build the Golden World. We must adapt to necessary changes since, whether we like it or not, each country has its own culture and regulations. For example, the video THE MESSAGE is allowed in Indonesia but apparently not so in Malaysia. Hence clips from that video may not be shown in Malaysia ESQ training. (jokingly he said - ESQ in Saudi Arabia may contain no songs at all, try recharge there :) ).

Last but not least, I here want to recap a final message from Pak Aminul to conclude the briefing

-- ESQ training adalah HR training yang bersamanya ada label 165. Di dalamnya ada Learning Principle iaitu Al Quran, dan ada Leadership Principle iaitu berpedomankan Nabi Muhammad saw. Maka penting (boleh dikatakan wajib) bagi kita mendengar input dari para ustaz, para dai'e kita, ulama, guru-guru, malah JAKIM sendiri. Bukan bermakna apabila kita mendengar input dari mereka, kita perlu mengikut semuanya. Sebahagian kita ikut, sebahagian kita "hold" dan yang mana kita punya sumber-sumber lain yg membenarkan, maka kita tidak perlu ikut tetapi input tersebut kita hargai. Maka training ESQ tidak boleh dilepaskan dari pandangan pada ilmuan agama ini. Dari awalpun ESQ training berasaskan apa yang dipanggil FIVE FINGERS BROTHERHOOD, dimana Pak ary menekankan sebelum training ESQ dijalankan, pastikan kita mendengar pandangan dari golongan Ulama, golongan Academician, golongan Professional, golongan awam dan dari pihak family atau keluarga, terutamanya orang tua kita - barulah kita bisa mendapatkan yang terbaik. Namun yang terbaik hanyalah milik Allah. Dengan segala kekurangan pada ESQ, LC akan mencuba melakukan yang terbaik - ESQ tetap menjadi HR training, tetap ada 'fun" - namun jika along the way perlukan sedikit penyesuaian untuk menghargai pendapat orang lain, maka diharap para alumni dapat memahami. Jika penyesuaian tersebut masih belum tepat, kita cari yang lebih baik. Jika tidak setuju, boleh suarakan dan akan dihargai. Yang paling penting bagi kita adalah 165 itu terus berjalan. 165 tidak berubah walaupun cara penyampaiannya berbeza dan berubah.

Wallaualam bisawab. Had any of the points were mistakenly summarised, do correct. Pagi! :)

-maria-

5 comments:

Anonymous said...

taniah.

pemuda melayu said...

bagus... cuma saya nak juga tahu, betul ke kerajaan arab saudi tak benarkan simulasi total action? boleh dapatkan balck & white?

pemuda melayu said...

salam ukhwah...
ble visit blog saya esqrahsia.blogspot.com

pena_biru said...

salam,
saya setuju ngan pemuda melayu
boleh dapatkan hitam putih mengenai larangan kerajaan arab saudi tu?

Bro J said...

Excellent points of discussion.
Semoga ALlah merahmati kita semua.

Post a Comment

Do practice responsibility when commenting. Thank you.